Palestin mohon semula jadi anggota tetap PBB

Iklan
Mansour selaku Pemerhati Tetap Palestin ke PBB berharap permohonan semula itu dapat disemak pada bulan ini. - Foto Agensi

RAMALLAH - Palestin pada Selasa secara rasmi melancarkan permohonan semula untuk menjadi anggota penuh di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang disifatkan sebagai keputusan wajar dalam menghadapi ofensif ganas Israel di Genting Gaza.

Sejak 2012, Palestin hanya memegang status pemerhati di badan dunia tersebut dan telah melobi selama bertahun-tahun untuk mendapatkan keanggotaan penuh yang akan turut mengiktiraf negara itu.

Iklan
Iklan

Menerusi surat dihantar kepada Setiausaha Agung, Antonio Guterres bertarikh 2 April, Pemerhati Tetap Palestin ke PBB, Riyad Mansour di bawah arahan baharu kepimpinan Palestin meminta permohonan sejak 2011 itu dipertimbangkan semula.

Surat itu telah diserahkan kepada Majlis Keselamatan PBB (UNSC) dan Palestin berharap ia dapat disemak pada bulan ini memandangkan mesyuarat tentang situasi di Gaza ditetapkan pada 18 April depan.

Iklan

"Komuniti antarabangsa yang memutuskan penyelesaian dua negara sebagai jalan menamatkan konflik sejak 1947.

"Adalah menjadi kewajipan untuk mereka bersama-sama Palestin merealisasikan matlamat itu dengan memperakui keanggotaan Palestin,” ujar Mansour selepas beberapa negara telah menzahirkan sokongan terhadap permohonan tersebut. - AFP

Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28