KUALA LUMPUR - Orang ramai digesa untuk melaporkan kepada mana-mana platform media sosial yang berkenaan, sebarang akaun yang menyalahgunakan nama Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah atau keluarga diraja Johor.
Menurut hantaran dikongsikan Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, penyamaran dan salah guna identiti merupakan kesalahan di sisi undang-undang dan tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan lunas yang ditetapkan.