Hun Sen dilantik Presiden Senat Kemboja

Iklan
Hun Sen meletak jawatan pada Ogos 2023 selepas pemerintahan kuku besi selama hampir empat dekad. Foto Agensi

PHNOM PENH - Bekas Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen 'dinaikkan pangkat' sebagai Presiden Senat pada Rabu ketika pelantikannya untuk memegang jawatan penting itu diumumkan dalam tempoh kurang setahun selepas menyerahkan kuasa kepada anak lelakinya.

Keputusan sebulat suara itu dibuat para senator setelah Raja Norodom Sihamoni mengadakan sidang pertama di dewan tersebut.

Iklan
Iklan

Jawatan itu membolehkan Hun Sen menjadi pemangku ketua negara apabila raja berada di luar negara.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada para senator kerana memberi penghormatan dan kepercayaan kepadanya untuk menggalas tanggungjawab itu.

Iklan

"Ia adalah pertama kali saya memegang jawatan yang tinggi ini," katanya sambil menambah beliau akan menggunakan peranan itu untuk diplomasi antarabangsa Kemboja.

Pada pemilihan senator Februari lalu, Parti Rakyat Kemboja (CPP) pimpinannya memenangi 55 kerusi malah kepimpinan serta pentadbiran negara itu kini dipegang kebanyakan anggota parti beliau.

Iklan

Penganalisis percaya peranan baharu itu membolehkan beliau terus 'berkuasa' memandangkan jawatan tersebut adalah simbol politik tertinggi negara berkenaan.

Difahamkan, ahli keluarga dan sekutu beliau turut memegang peranan penting dalam kerajaan termasuk anak lelaki bongsunya, Hun Many yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. - AFP

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28