LONDON - Seorang lelaki mengaku mencuri tandas emas padu bernilai 48,0000 paun (RM286 juta) dari Istana Blenheim, Oxfordshire, England.
Istana Blenheim, sebuah tempat yang mempunyai kepentingan sejarah, juga adalah tempat kelahiran bekas Perdana Menteri United Kingdom, Winston Churchill.
Difahamkan juga, tandas 18 karat itu adalah sebahagian daripada barangan yang pernah dipamerkan dalam pameran seni pada September 2019.
Tandas yang diberi nama 'America' telah dicipta oleh seorang artis seni Itali yang terkenal, Maurizio Cattelan.
Suspek, James Jimmy, 39, dari Wellingborough, mengaku bersalah di Mahkamah Oxford Crown atas kesalahan pecah rumah, mengendalikan barang curi dan konspirasi untuk melakukan pecah rumah.
Bagaimanapun, tiga rakannya lagi tidak mengaku bersalah melakukan rompakan itu dan mereka akan dibicarakan pada Februari 2025.
Sebelum ini, Jimmy pernah menjalani hukuman penjara selama 17 tahun selepas didakwa melakukan pelbagai kesalahan kecurian, termasuk sebuah traktor dan trofi dari Muzium Lumba Kuda Negara.
Berita mengenai tandas emas ini bukan kali pertama dilaporkan. Pada tahun 2019, sebuah tandas emas bertatahkan berlian diperbuat seorang tukang emas di Hong Kong di pamerkan di Ekspo Import Antaranangsa China (CIIE) berlangsung di Shanghai.
Tandas mewah berharga 12 juta yuan (RM6.17 juta) mempunyai tempat duduk diperbuat daripada kaca kalis peluru dan bertatahkan 40,815 berlian kecil. - Agensi
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28