Speaker, mahkamah akan tentukan - Suhaili
Iklan
SHAH ALAM - Speaker dan mahkamah akan menentukan sama ada kerusi ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang isytihar sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu dikosongkan atau sebaliknya.
Pendirian itu disuarakan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman susulan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) meluluskan usul pindaan Perlembagaan Bersatu yang dibuat pada Perhimpunan Agung Khas parti itu, 2 Mac lalu.