Jadikan diri rahmat kepada orang lain
Iklan
Tangkap layar iklan raya RHB memaparkan kisah si ibu yang kesempitan wang berjanji membelikan sebuah kotak pensel sebagai hadiah kerana si anak mendapat tempat pertama di dalam kelas dan akhirnya tertangkap. Foto media sosial
INI cerita pasal seorang ibu, seorang anak dan seorang peguam. Mungkin para pembaca telah mengetahui cerita ini kalau sudah menonton iklan raya RHB.
Kisahnya, si anak mendapat tempat pertama di dalam kelas dan ibu berjanji membelikan sebuah kotak pensel sebagai hadiah. Akan tetapi, ibu kesempitan wang dan akhirnya mencuri kotak pensel di sebuah gedung tetapi tertangkap.