Tiada R&R, bukan alasan buang sampah di Lebuhraya LTU

Iklan
Masalah sampah sarap di tepi Lebuhraya LTU Merapoh-Gua Musang terus diperkatakan dan berlaku disebabkan sikap buruk segelintir pengguna laluan itu yang tidak bertanggungjawab. Gambar kecil: Sharudin Hamid

KUANTAN - Ketiadaan kemudahan hentian rehat dan rawat (R&R) tidak boleh dijadikan alasan bagi pengguna Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) membuang sampah sesuka hati terutama ketika singgah berehat di tepi laluan tersebut.

Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang, Sharudin Hamid berkata, sikap tidak bertanggungjawap segelintir pengguna itu bukan sahaja mencacatkan pandangan malah boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.

Iklan
Iklan

"Menurutnya, sebaiknya sampah yang ada boleh disimpan sementara di dalam kenderaan dan membuangnya bila jumpa tempat yang disediakan.

"Pihak kami sering menerima aduan berhubung isi sampah di tepi Lebuhraya LTU setiap tahun dan nampaknya masalah ini terus berulang," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar #Ops Raya Bersama Alam Flora dan Majlis Berbuka Puasa SWCorp Pahang di sini pada Rabu.

Sharudin berkata, timbul kebimbangan sampah yang dibuang di tepi jalan seperti tin minuman masuk ke tengah laluan sehingga boleh mengundang risiko kemalangan.

Iklan

"SWCorp akan membuat kutipan sampah di kawasan terlibat selain memasang papan-papan tanda amaran sebagai peringatan.

"Perbincangan bersama beberapa pihak termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT), Roadcare dan Jabatan Kerja Raya (JKR) dijalankan bagi mencari jalan mengatasi masalah tersebut," katanya.

Masalah sampah sarap di tepi Lebuhraya LTU Merapoh-Gua Musang terus diperkatakan dan berlaku disebabkan sikap buruk segelintir pengguna laluan itu yang tidak bertanggungjawab.

Masalah itu didedahkan seorang pengguna aplikasi X melalui rakaman video menunjukkan kawasan sekitar tepi lebuh raya yang dahulunya dikenali sebagai Central Spine Road (CSR) itu dipenuhi sampah sarap.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!