'Peraduan Gaji Seumur Hidup’ Nestlé edisi 2024 bakal kembali

Iklan
Amirrul (kiri) mengakui kehidupannya banyak berubah selepas memenangi  ‘Peraduan Gaji Seumur Hidup' Nestlé edisi 2020.
SHAH ALAM - Inisiatif Nestlé Malaysia yang menghargai pelanggan setianya dengan memberikan ganjaran wang tunai RM3,000 sebulan menerusi ‘Peraduan Gaji Seumur Hidup’ Nestlé telah membawa impak besar kepada bekas para pemenang pertandingan itu.

Bagi Amirrul Hafiz Razak, tarikh 14 Ogos 2020 sentiasa kekal terpahat dalam memorinya apabila beliau ketika diumumkan sebagai pemenang utama peraduan itu sekali gus merubah nasib dan hidup keluarganya sehingga kini.

Bagi anak kelahiran Temerloh, Pahang itu, kemenangan tersebut bukanlah suatu yang dijangkakannya kerana pada peringkat awalnya dia hanya menyasarkan memenangi hadiah mingguan RM500 sahaja dalam peraduan itu yang telah diadakan pada 14 Februari hingga 14 Mei 2020.

Namun, hadiah utama 'Peraduan Gaji Seumur Hidup' Nestlé telah melampaui semua harapannya.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


"Saya menghadapi banyak kesukaran sebelum menjadi finalis, terutamanya sewaktu saya dan isteri sedang menantikan kelahiran zuriat pertama kami, menjadikan kemenangan ini lebih bermakna.

"Kemenangan ini adalah luar dari jangkaan saya dan hadiah wang tunai benar-benar telah mengubah kehidupan saya dan keluarga,” jelas Amirrul yang bekerja sebagai Juruteknik Tentera.

Hasil Kemenangan tersebut Amirrul mampu membantu ibu bapa, menjamin masa depan anak-anaknya serta mewujudkan impian memiliki rumah yang diidamkan selain melaksanakan kerja-kerja amal.

Bangkit semula

AZHARI


Berbeza pula ceritanya buat Azhari Salleh, 46, yang mana kemenangannya sebagai Naib Juara dalam ‘Peraduan Gaji Seumur Hidup’ Nestlé telah membawa sinar dan impian baharu selepas ‘tumbang’ dalam perniagaan kedai komputernya ketika pandemik Covid-19.

Menurutnya, kemenangannya itu tidak hanya membentuk landasan kestabilan kewangan bagi dirinya, bahkan juga kepada keluarga.

"Saya terpanggil untuk menyertai ‘Peraduan Gaji Seumur Hidup’ Nestlé 2020 selepas melihat kesusahan serta pemberhentian tetap yang memberi kesan ke atas kehidupan ramai.

"Kemenangan ini memberi saya harapan baru. Saya dapat memenuhi impian menunaikan umrah dan membiayai tanah pusaka keluarga.

"Saya juga menggunakan hadiah wang tunai daripada Nestlé Malaysia untuk tujuan amal,” katanya.

Malah, Nestlé Malaysia turut menyediakan sumbangan tunai kepada 17 badan amal tempatan yang diplih para finalis sendiri.

Kongsi kesan positif

Salah satu daripada 17 badan amal itu ialah PERTIWI yang mengakui telah berkongsi kesan positif bersama Nestlé Malaysia dengan berjaya menyedia serta mengagihkan 14,000 hidangan panas kepada golongan miskin bandar dan gelandangan yang bergelut semasa pandemik Covid-19.

ELINOR


Hal ini dinyatakan sendiri oleh Bendahari PERTIWI, Elinor Kamalul Azmi yang mana kerjasama Nestlé Malaysia telah mengisi ‘perut-perut kosong’, meringankan beban keluarga kurang bernasib baik dan mereka yang mengutamakan sumber kewangan bagi perbelanjaan keluarga.

Pandangan yang sama turut diberikan Pengetua dan Pengurus Pusat Autism IDEAS (IAC), Sharifah Salleh yang mana inisiatif Nestlé Malaysia menyalurkan sumbangan kepada badan amal menerusi ‘Peraduan Gaji Seumur Hidup’ Nestlé’ 2020 merupakan sokongan besar kepada kesejahteraan kanak-kanak autisme.

"Sumbangan tersebut telah membantu sesi terapi yang sangat diperlukan, sokongan kesihatan mental secara atas talian untuk ibu bapa dan kanak-kanak autisme, serta penyediaan alat bantu mengajar untuk program pembelajaran di rumah yang disesuaikan untuk kanak-kanak ini.

‘Peraduan Gaji Seumur Hidup' Nestlé edisi 2020 telah banyak memberi manfaat kepada kebajikan kanak-kanak autisme.


Selain itu, sumbangan ini juga digunakan untuk menyediakan bekalan makanan dan mengagihkan produk kesihatan kepada keluarga B40 bagi meringankan beban mereka terutamanya semasa COVID-19 sebelum ini,” ujarnya.

Malah, Nestlé Malaysia akan menganjurkan semula ‘Peraduan Gaji Seumur Hidup’ Nestlé’ dengan aspirasi untuk meningkatkan taraf hidup individu sambil menyumbang kepada tujuan amal.

Peraduan edisi 2024

Sementara itu, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, Juan Aranols berkata, kejayaan ‘Peraduan Gaji Seumur Hidup' Nestlé pada tahun 2020 menunjukkan komitmen pihaknya untuk membantu merealisasikan impian hidup rakyat Malaysia yang lebih baik di samping memacu impak komuniti setempat.

PERTIWI dengan kerjasama Nestlé Malaysia berjaya meringankan beban keluarga kurang bernasib baik dan gelandangan hasil penganjuran ‘Peraduan Gaji Seumur Hidup' Nestlé edisi 2020.


"Kami sangat teruja untuk menganjurkan semula peraduan ini dengan edisi seterusnya yang akan datang tidak lama lagi pada 2024.

"Penganjuran semula ini akan memberi lebih ramai rakyat Malaysia peluang luar biasa untuk mencapai impian mereka dan bersatu menyebarkan kebaikan untuk masyarakat." ujarnya.