BERITA SEMASA 4 APRIL 2024
Teguran Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim kepada semua pihak termasuk KK Mart yang terpalit kontroversi menjual stoking tertera kalimah Allah agar lebih berhati-hati terhadap produk dijual khususnya barangan import bagi mengelak berlaku penghinaan terhadap Islam adalah isyarat jelas provokasi agama merupakan perkara serius.
Sama ada penjualan stoking itu disengajakan atau tidak, rentetan kontroversi yang berlaku menuntut semua pihak agar lebih cakna serta prihatin dalam urusan perniagaan atau apa juga aktiviti supaya tidak berlaku penghinaan terhadap agama.
Seperti dititah Sultan Ibrahim, 'semua pihak mesti lebih bertanggungjawab dan jangan pisang berbuah dua kali' bermaksud tidak sepatutnya isu penghinaan terhadap agama berlaku lagi selepas ini.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Muzik: Elevate dari www.bensound.com