MOSCOW - Dua maut manakala 15 lagi cedera selepas angin kencang melanda ibu negara Rusia pada Rabu, menurut Datuk Bandar Moscow, Sergei Sobyanin, lapor Xinhua.
Sobyanin menerusi aplikasi Telegram berkata, halaju angin mencecah lebih 21 meter sesaat, memaksa pihak berkuasa tempatan menutup taman awam dan tempat awam terbuka lain.