GOL tunggal Kylian Mbappe membawa Paris Saint-Germain ke final Piala Perancis selepas menewaskan Rennes 1-0 pada Rabu.
Penyerang berusia 25 tahun itu turut terlepas peluang menambah jaringan selepas sepakan penaltinya diselamatkan penjaga gol Steve Mandanda dalam aksi separuh akhir di Parc des Princes, lapor PA Media.