Bukit Bendera kekal pusat peranginan no. 1 Pulau Pinang

Iklan
Bukit Bendera merangkumi enam puncak bukit dan yang tertinggi berketinggian 833 meter dari atas paras laut, memberikan pemandangan yang terindah di seluruh Pulau Pinang buat pengunjungnya.

GEORGE TOWN - Bukit Bendera adalah salah satu tarikan utama dan puncak tertinggi di Pulau Pinang yang menawarkan pelbagai aktiviti dan tempat tarikan pelancongan untuk pengunjungnya.

Bukit Bendera ditemui dan diterokai oleh pihak British pada lewat tahun 1700-an yang mana, ia adalah salah satu bukit penjajah British yang tertua di Asia Tenggara.

Iklan
Iklan

Bukit Bendera merangkumi enam puncak bukit dan yang tertinggi berketinggian 833 meter dari atas paras laut, memberikan pemandangan yang terindah di seluruh Pulau Pinang buat pengunjungnya.

The Loaf Railway Cafe adalah sebuah banglo warisan menyediakan masakan unik citarasa British, Malaysia dan Baba Nyonya.

Jika ada yang belum tahu, Bukit Bendera adalah bukit peranginan pilihan di negara ini dan merupakan Tapak Rizab Biosfera Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) yang terbaharu di Malaysia.

Iklan

Ini kerana, ia mengandungi gabungan sejarah, alam semula jadi dan budaya warisan yang sempurna.

David Brown's Hilltop Garden Restaurant adalah restoran tertinggi di Pulau Pinang kerana kedudukannya di puncak Bukit Bendera.

Bukit Bendera menyediakan pelbagai lokasi menarik untuk dilawati pengunjung, tidak kira pengunjung tempatan mahu pun pengunjung luar negara.

Iklan

Dalam hiruk pikuk di bandar, pengunjung boleh menikmati suasana nyaman di puncak Bukit Bendera pada suhu 18°C hingga 26°C.

Lokasi peranginan itu juga sesuai untuk mereka yang suka dengan keindahan flora dan fauna yang pelbagai.

Kopi Hutan antara salah sebuah kafe yang digemari pengunjung setiap kali mereka datang ke Bukit Bendera.

Di samping perkhidmatan funikular, pengunjung boleh menemui pelbagai haiwan dan tumbuh-tumbuhan eksotik antaranya pokok Periuk Kera dan spesis orkid yang istimewa iaitu ‘Slipper Orchid’ dengan melalui laluan pejalan kaki yang disediakan.

Selain itu, jika bernasib baik, pengunjung akan menemui beberapa haiwan kecil yang jarang kelihatan seperti Lotong Kelabu, Tupai Gergasi Hitam dan juga Burung Cecawi Anting-anting di hutan hujan tropika Bukit Bendera.

Haiwan-haiwan ini boleh ditemui pada waktu tengah hari atau lewat petang.

Bukit Bendera adalah rumah kepada lebih daripada 2,500 spesies flora dan fauna selain hidupan liar yang hidup bersama dalam hutan hujan berusia 130 juta tahun.

Antara serangga dan haiwan yang terdapat di pusat peranginan itu adalah rama-rama yang menyerupai penyengat, Wasp Moth; Ular Pantai Biru-Biru; Riang-riang Hitam; kupu-kupu besar, Great Helen, Kura-kura Duri dan Keluang Cecadu Pisang.

Banglo yang terletak di tebing bukit diubahsuai menjadi galeri yang dikenali sebagai Penang Hill Gallery@Edgecliff.

Selain itu, pengunjung boleh melihat bangunan dan rumah agam banglo warisan kolonial pra-perang yang terletak di antara pokok menghijau memang senario yang luar biasa.

Keadaan itu akan membuatkan pengunjung seperti berada di kawasan luar bandar ala-Eropah sedangkan anda berada di kelilingi hutan hujan tropika.

Tarikan lain termasuk taman luaran, kemudahan eko-pelancongan, restoran al-fresco ala Inggeris, kafe makanan dan banyak lagi.

Antara lokasi terbaru yang menjadi tumpuan pengunjung ialah galeri yang dikenali sebagai Penang Hill Gallery@Edgecliff.

Ia merupakan sebuah galeri yang menyediakan pelbagai informasi mengenai sejarah pembukaan Bukit Bendera, biodiversiti, funikular, flora dan fauna.

Galeri tersebut merupakan sebuah banglo tiga tingkat yang terbengkalai yang mana, dahulunya dikenali sebagai Braeside dan kini namanya adalah Edgecliff.

Banglo yang terletak di tebing bukit itu kini diubahsuai gaya Art Deco oleh penjaga tunggal Bukit Bendera, Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) untuk dijadikan sebuah pusat pendidikan dan galeri warisan.

Bahagian atas bumbung banglo itu menyajikan pemandangan 270 darjah yang mengagumkan, merangkumi Selat Pulau Pinang dan dari pelabuhan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Mengambil sempena nama asalnya, Penang Hill Gallery@Edgecliff adalah banglo yang direka bentuk oleh pemiliknya iaitu arkitek Joseph Charles Miller.

Ia dibuka secara rasmi pada 8 Julai 2022 adalah projek pemuliharaan kedua PBBPP selepas Hillside Retreat yang siap dan dibuka pada 2018 lalu.

Penang Hill Gallery@Edgecliff terbahagi kepada empat bahagian galeri yang disusun rapi iaitu Funikular, Warisan, Budaya dan Biodiversiti yang mana, setiap satu barang pameran mempunyai penerangan pendek dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan Inggeris.

Bagaimanapun, ia juga menyediakan penerangan dalam bahasa lain antaranya Mandarin, Tamil, Jepun dan Arab yang boleh diakses melalui imbasan kod QR menggunakan telefon bimbit pengunjung.

Selain Penang Hill Gallery@Edgecliff, Bukit Bendera juga menyediakan banyak lagi lokasi menarik antaranya Astaka Bukit Bendera, Skywalk, Muzium Teddyville, Restoran David Brown's, Little Village, Naturewalks, Muzium Mainan dan Pawagam 5D, The Habitat Penang Hill, Monkey Cup Garden dan Hillside Retreat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!