NAFAS pupuk semangat cintakan al-Quran

Iklan
Sebahagian peserta yang menyertai Majlis Penutupan Ihya’ Ramadan dan Majlis Khatam al-Quran di NAFAS Function Hall, Kota Damansara pada Rabu.

PETALING JAYA - Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) menganjurkan Majlis Penutupan Ihya’ Ramadan dan Majlis Khatam al-Quran di NAFAS Function Hall, Kota Damansara di sini pada Rabu.

NAFAS dalam kenyataannya memberitahu, program itu merupakan aktiviti dalaman yang dianjurkan NAFAS sebagai salah satu inisiatif untuk mengimarah bulan Ramadan selain memupuk semangat cinta kepada al-Quran.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, Program Ihya’ Ramadan telah diadakan dengan penganjuran aktiviti Tadarus al-Quran, kaunter bayaran zakat dan juga ceramah agama yang melibatkan staf NAFAS di Ibu Pejabat.

"Tadarus al-Quran telah diadakan bermula 2 Ramadan lalu dan disertai hampir 50 peserta terdiri daripada pengurusan dan juga staf NAFAS pada setiap hari Isnin hingga Khamis selepas solat Zohor secara berjemaah," katanya dalam dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan

Majlis turut dihadiri Pengurus Besar NAFAS, Muhammad Faris Arriffin dan hampir 80 staf NAFAS di ibu pejabat.

Majlis Khatam al-Quran itu dimulakan dengan bacaan oleh Timbalan Pengurus Besar NAFAS, Saripol Baharin Karim.

Iklan

NAFAS memberitahu, program yang julung kali dianjurkan itu mendapat sambutan baik dalam kalangan staf NAFAS dan diharap menjadikan membaca al-Quran sebagai amalan sekali gus menyanjungi dan memuliakan kitab suci itu.

"Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk memupuk nilai insaniah dalam kalangan staf NAFAS," menurut kenyataan itu.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28