SHAH ALAM - Jenama kecantikan, Mikaseries yang diasaskan ahli Shopee Celebrity Squad, Zoey Rahman, menikmati kejayaan membanggakan sepanjang enam tahun di platform Shopee.
Diinspirasikan daripada pengalamannya sebagai artis dimana permintaan tinggi terhadap alat solek kekal lama dalam industri perfileman, Zoey menggunakan kebolehan dinamik Shopee Live untuk mentransformasikan pengalaman membeli-belah kecantikan dan kosmetik, menjawab sebarang salah faham, dan menyokong kepelbagaian dalam industri.
Mikaseries diperkenalkan pada 2018, selari dengan kemasukan Zoey ke Shopee Celebrity Squad. Walaupun berhadapan pelbagai cabaran dalam pasaran yang kompetitif, Zoey mendapat sokongan penuh dari Shopee untuk beliau melayari perjalanan e-dagang.
Menurut Zoey, Shopee Live adalah alatan perniagaan bertransformatif.
"Ia bukan sahaja untuk mempamerkan produk tetapi juga untuk memupuk dialog bermakna dan memperkasakan pengguna untuk membuat keputusan berinformatif.
"Melalui sesi interaktif, saya berpeluang untuk menjawab sebarang kekhuatiran, mengetengahkan manfaat produk, dan menyampaikan mesej bahawa kecantikan adalah untuk semua,”katanya.
Menurutnya, Mikaseries bukan sekadar kosmetik, tetapi ia adalah tentang penerimaan individualiti, menggalakkan penjagaan kulit sebagai keutamaan, dan menjadikan kecantikan sebagai sesuatu yang menyeronokkan dan boleh diakses semua.
"Semasa kempen jualan Shopee seperti 11.11 dan 12.12, Shopee Live membantu jenama kami untuk meningkatkan aktiviti pengguna dan menarik perhatian lebih ramai penonton ke sesi strim langsung kami.
"Inisiatif seperti baucar Shopee Live dan Shopee Coins eksklusif memacu keseronokan dan menjana lebih banyak trafik ke saluran penjual. Ciri interaktif platform ini juga lengkap dengan cadangan membeli-belah yang diperibadikan secara langsung dan meningkatkan kadar aktiviti pembelian buat Mikaseries.
"Terima kasih kepada Shopee Live, kami mengalami peningkatan ketara dalam jumlah tontonan dan penjualan,”katanya.
Menggunakan kuasa Shopee Live, Mikaseries telah berjaya mengintegrasikan strim langsung ke dalam strategi pemasarannya, memupuk hubungan yang lebih mendalam dengan pelanggan, dan mencipta semangat berkomuniti.
Jenama ini memaksimakan penggunaan Shopee Live dengan berstrim langsung tiga kali setiap hari, dua jam setiap sesi, di mana kadang kala Zoey menjadi pengacara. Pengendalian strim langsung ini mencipta hubungan kukuh dengan pelanggan lalu meningkatkan reputasi jenama dan memacu jualan.
Mikaseries juga mendapat manfaat dari sistem sokongan menyeluruh dari Shopee, termasuk sumber seperti Shopee University dan Hab Pendidikan Penjual.
Saluran ini membawa dan mendidik penjual dengan ilmu perniagaan dan melengkapkan penjual dengan kemahiran penting untuk bersaing dalam landskap sengit e-dagang.
Dengan menggunakan sumber dan alatan perniagaan Shopee, Zoey berjaya menempuhi cabaran dalam industri kosmetik dan menubuhkan Mikaseries sebagai jenama bereputasi di platform Shopee.
Mikaseries menawarkan penyelesaian kecantikan untuk semua jantina. Produk signaturenya adalah serum yang disuntik saffron, MIKA ULTRA SERUM - BOOSTER, yang telah terjual lebih 4,700 unit di Shopee.
Serum ini diformulasi untuk melawan radikal bebas, membaiki dan menghidrat kulit untuk kompleksi kulit yang lebih berseri. Tambahan lagi, alat solek Mikaseries, seperti foundation popular Mikadation, yang telah terjual lebih 15,000 unit di Shopee, menawarkan penyelesaian kemasan ringan dan berpelbagai sesuai untuk lelaki dan perempuan, sama ada mereka memilih untuk memakai solekan yang lebih berat atau ringan.
Selari dengan komitmennya untuk terus berkembang dan berinovasi, Mikaseries telah melangkah masuk ke dunia fesyen dengan perkenalan Mikawear Indra Exclusive di pertunjukan fesyen #ShopeeRaiLokal Raya Stail Kita pada 5 Mac.
Semasa pertunjukan fesyen yang distrim langsung dan ditonton lebih 70,000 penonton dari seluruh Malaysia, Mikaseries mempamerkan koleksi Raya Mikawear Indra Exclusive yang mengetengahkan Baju Melayu Indra dan Sampin Indra ‘instant’, yang diinspirasikan oleh gabungan kemodenan elegan dan warisan tradisional.
Menurut Zoey,terjemahan kontemporari potongan klasik ini membawakan kolar cekak musang klasik dengan butang tersorok untuk kesenangan dan kelainan dalam memakai baju Melayu.
"Platform mana lagi selain Shopee Live yang berkesan untuk saya memperkenalkan usaha baharu saya kepada dunia? Saya percaya akan sifat interaktif platform ini yang mempunyai pengkalan pengguna meluas dan pelbagai inisiatif kempen telah menjadikannya alatan penting untuk memacu perkembangan perniagaan, dan membina hubungan berkekalan dengan pengguna,”katanya.
Beribu pejabat di Cheras, Kuala Lumpur, Mikaseries dianggotai sebelas individu komited, dan lebih 109,000 pengikut di Shopee.
Dengan rancangan untuk meluaskan rangkaian produk dan meluaskan jenama ke 200 kedai runcit fizikal pada akhir tahun, Mikaseries akan terus membawakan kecantikan dan gaya untuk semua.
Baju Melayu Indra bersama Sampin Indra dari Mikaseries diperagakan di pertunjukan fesyen #ShopeeRaiLokal Raya Stail Kita