PASUKAN berbasikal terbaik Asia Terengganu Cycling Team (TSG) meneruskan penguasaan apabila Jesse Ewart mengungguli peringkat keempat Jelajah Thailand sejauh 155.9 kilometer (km) hari ini.
Pelumba dari Australia itu menamatkan saingan dengan tiga jam 38 minit 26 saat, mengatasi pelumba tuan rumah Thanakhan Chaiyasombat dan pelumba Belanda, Aden Van Engelen masing-masing di tempat kedua dan ketiga.
Iklan
Iklan
"Cuaca sangat panas tapi kami berlumba dengan baik. Kami ketinggalan namun berjaya mengejar semula. Sangat panas dan apa yang diinginkan adalah air,” katanya menerusi rakaman video kepada media hari ini.
Selain Ewart, lima lagi pelumba TSG di Jelajah Thailand ialah Kee Zhe Yie, Irwandie Lakasek, Aiman Cahyadi, Anatolii Budiak dan Muhammad Nur Aiman Rosli yang muncul juara peringkat kedua, dua hari lepas. - Bernama
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28