Mekanik ditahan cederakan anak teman wanita

Iklan
Mekanik ditahan polis selepas dipercayai mencederakan anak teman wanitanya dalam kejadian di dalam sebuah kenderaan di hadapan sebuah pasaraya di Bahau pada Rabu.

JEMPOL - Seorang mekanik ditahan selepas dipercayai mencederakan anak teman wanitanya di dalam sebuah kenderaan di hadapan sebuah pasar raya di Bahau dekat sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, lelaki berusia 35 tahun itu ditahan susulan laporan polis yang dibuat nenek kanak-kanak perempuan berusia dua tahun empat bulan itu pada jam 12.10 malam.

Iklan
Iklan

"Mangsa balik ke rumah dalam keadaan menangis dan pengadu mendapat tahu mangsa telah di bawa keluar oleh suspek kira-kira jam 8.30 malam untuk membeli barang di pasar raya tanpa kehadiran ibu mangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, pengadu turut mendapati terdapat kesan luka pada bibir, merah pada kedua-dua telinga dan lebam pada lengan kiri mangsa.

Iklan

"Pengadu cuba menghubungi ibu mangsa untuk bertanyakan kejadian sebenar, namun gagal dihubungi kerana dia sudah keluar bersama suspek.

"Pegawai perubatan Hospital Jempol mengesahkan kecederaan dialami mangsa termasuk lebam pada muka dan lengan kiri.

Iklan

"Mangsa telah dirujuk ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah untuk pemeriksaan lanjut pada kecederaan dalam telinga dan dimasukkan hospital tersebut," katanya.

Dalam pada itu, Chang Hook berkata, siasatan lanjut turut mendapati suspek baharu sahaja tiga bulan menjadi teman lelaki ibu mangsa dan mengaku telah menampar pipi serta memulas kedua-dua telinga mangsa semasa berada di dalam kereta.

"Kejadian berpunca kerana mangsa enggan mengikuti suspek keluar dari kereta dan mangsa telah menggigit jari telunjuk kiri suspek sehingga berdarah.

"Suspek kini direman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!