Lelaki Orang Asli ditemukan mati atas pokok langsat

Iklan
Mangsa, Koyok Abdullah ditemui meninggal dunia di atas pokok di Kampung Limau dekat Pos Betau,Lipis pada Rabu. Gambar hiasan

LIPIS - Seorang lelaki warga emas Orang Asli ditemukan mati di atas pokok langsat di Kampung Limau dekat Pos Betau di sini pada Khamis.

Mayat mangsa, Koyok Abdullah, 81, ditemui kira-kira tiga meter di atas pokok terbabit.

Iklan
Iklan

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 9.13 pagi.

"Pasukan terlibat telah menurunkan mangsa dengan menggunakan tali.

Iklan

"Mangsa yang meninggal dunia telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Ujarnya, operasi terkawal pada jam 10.10 pagi dan ditamatkan tiga minit kemudian sebelum pulang ke balai.

Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28