Wanita tikam kekasih ketika lakukan hubungan seks ada rekod dadah

Iklan
Laporan Sinar Harian (Muhamad Zaki)

KOTA BHARU - Wanita yang bertindak menikam kekasihnya semasa melakukan hubungan seks dalam kejadian di Dataran Lemang, Maniek Urai, Kuala Krai, pada Isnin lalu mempunyai rekod jenayah lampau berkait dadah.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, semakan lanjut mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau berkaitan kesalahan dadah.

Iklan
Iklan

"Suspek kini ditahan reman selama seminggu bermula Rabu sehingga 9 April ini," katanya kepada pemberita pada Khamis.

Menurutnya, suspek berusia 28 tahun itu berasal dari Terengganu.

Iklan

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, seorang wanita ditahan selepas dipercayai menikam seorang lelaki menggunakan sebilah pisau pemotong sayur semasa melakukan hubungan seks di Kuala Krai.

Suspek yang berusia 28 tahun itu dikatakan telah menikam mangsa dipercayai kekasihnya sebanyak tiga kali di bahagian perut.

Iklan