Pegawai kanan polis disyaki terima rasuah ditukar ke jabatan lain

Iklan
Laporan Sinar Harian

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai kanan polis yang disyaki terbabit dalam kegiatan rasuah di sekitar ibu negara telah ditukarkan ke jabatan lain sementara menunggu laporan penuh siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pegawai berpangkat Deputi Superintenden yang juga seorang Pegawai Turus dalam Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur itu telah dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Iklan
Iklan

"Ketika ini belum ada keputusan SPRM, siasatan masih dijalankan dan polis sedang menunggu keputusan dan laporan penuh daripada SPRM,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Wangsa Maju di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini hari ini.

Majlis Serah Terima Tugas itu melibatkan pelantikan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju yang baharu, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail menggantikan Superintenden Ashari Abu Samah yang akan bertukar ke IPD Alor Gajah, Melaka.

Iklan

Rusdi berkata, pihaknya turut menjalankan siasatan dalaman melibatkan pegawai berkenaan

"Kami lakukan siasatan secara ‘parallel’.., siasatan ini kadang-kadang kita tunggu hasil keputusan siasatan SPRM dan kadang-kadang kita akan buat keputusan lebih awal,” katanya.

Iklan

Beliau berkata, pegawai itu disiasat mengikut Seksyen 17 Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA). - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28