Beli baju raya ikut kemampuan

Iklan
Gambar hiasan. Foto Bernama

KOTA BHARU - Berbaki lebih kurang seminggu lagi sambutan Aidilfitri, golongan ibu bapa sudah tentu antara yang paling sibuk dalam membuat persiapan anak-anak dan keluarga bagi memastikan kemeriahan sambutan hari raya.

Bagaimanapun, ramai mengakui mereka perlu berbelanja ikut kemampuan berikutan peningkatan kos termasuk pakaian raya dan makanan untuk menyambut lebaran.

Iklan
Iklan

Perkara itu diakui sendiri oleh, Mohd Anisham Mohd Kair, 41, yang bekerja sebagai pembantu am yang memberitahu bahawa kos untuk hari raya meningkat sekali ganda berbanding tahun lepas.

Mohd Anisham

"Sebelum ini dengan kos RM1,400 saya boleh sediakan baju raya berfesyen untuk lima anak serta isteri, dan membeli pelbagai jenis makanan.

Iklan

"Tapi tahun ini kos meningkat, saya mampu beli baju raya yang biasa-biasa sahaja," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Sumbangan Kebajikan Bulan Ramadan Universiti Sains Malaysia (USM) dan Kumpulan Malvest di sini pada Khamis.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengarah Urusan Malvest, Tan Kian Boon.

Iklan

Menurut Mohd Anisham, ketika ini beliau lebih mengutamakan duit sewa rumah serta keperluan dapur dan sekolah berbanding raya 'sakan', selain cukup sekadar sepasang seorang baju baharu tanda meraikan lebaran.

Katanya, tahun ini beliau paling terkesan apabila sewa rumahnya meningkat dari RM300 kepada RM600.

Bagi pembantu operasi, Noor Azwani Mat Yassim, 41, memberitahu bahawa beliau membeli baju raya baharu mengikut kemampuan.

Noor Azwani terpilih untuk menerima sumbangan sempena Ramadan dan ia bagaikan rezeki terpijak buatnya.

"Tahun ini kos barangan sangat meningkat sehinggakan saya berkira-kira untuk berbelanja.

"Cuma sediakan kelengkapan tiga orang anak, untuk gembirakan mereka kerana satu Syawal saya bertugas," katanya.

Menurutnya, dengan pendapatan suami sebagai tukang gunting rambut, banyak perkara yang perlu diutamakan.

Mengulas mengenai pemberian sumbangan sempena Ramadan, Noor Azwani turut menyifatkannya sebagai rezeki terpijak.

"Terima kasih Kumpulan Malvest, sumbangan barang dapur serta wang tunai yang diberikan dapat meringkankan beban saya dan suami untuk menyambut Aidilfitri," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28