Gunung Merapi meletus enam kali

Iklan
Gunung Merapi meletus enam kali pada Khamis dengan memuntahkan lahar sehingga 1.5 kilometer. Foto 123RF

JAKARTA - Gunung Merapi yang terletak di sempadan wilayah Jawa Tengah dan Yogyakarta meletus enam kali pada Khamis dengan memuntahkan lahar sehingga 1.5 kilometer.

Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi Bencana Geologi (BPPTKG) menggesa penduduk berhampiran supaya sentiasa berwaspada dan menasihatkan mereka tidak melakukan sebarang aktiviti dalam zon bahaya.

Iklan
Iklan

Menurut Ketua BPPTKG Yogyakarta, Agus Budi Santoso unjuran abu gunung berapi semasa letusan boleh menjangkau sehingga tiga kilometer dari puncak.

"Aliran lahar dan piroklastik menimbulkan ancaman kepada kawasan barat daya dalam lingkungan lima hingga tujuh kilometer dan tenggara dalam lingkungan tiga hingga lima kilometer,” katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Pemerhatian yang dijalankan oleh BPPTKG Yogyakarta dari tengah malam hingga 6 pagi waktu tempatan menunjukkan aliran lahar bergerak ke arah barat daya.

Pusat itu mengekalkan status Gunung Merapi pada Tahap III atau Amaran, menunjukkan risiko berterusan dari gunung berapi berkenaan.

Iklan

Merapi juga dikenali sebagai"Gunung Api” mempunyai ketinggian 2,891 meter. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28