Tokoh Warisan Kebangsaan meninggal dunia

Iklan
Mohd Rosli menghembuskan nafas terakhirnya di HTAN pada Khamis akibat jangkitan kuman.

KUALA PILAH - Tokoh Warisan Kebangsaan bagi kategori Orang Hidup, Datuk Paduka Dr Mohd Rosli Saludin, 62, menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) dekat sini pada Khamis akibat jangkitan kuman.

Perkara itu disahkan oleh anak bongsunya, Muhammad Hafiz, 26, ketika dihubungi pemberita.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dia bergegas pulang ke rumah bapanya di Kampung Dioh dekat sini selepas dihubungi ibu tirinya kira-kira jam 4.40 petang yang memaklumkan keadaan bapanya yang lemah.

"Saya tinggal berhampiran rumah bapa, sebaik sampai, bapa dibawa ke klinik swasta berhampiran untuk pemeriksaan kesihatan sebelum dirujuk ke HTAN.

Iklan

"Bapa kemudiannya ditidurkan dan sekitar jam 1 pagi, dia dimasukkan ke wad biasa dan keadaannya stabil, namun kembali kritikal pada jam 3 petang sebelum disahkan meninggal dunia," katanya.

Muhammad Hafiz berkata, arwah bapanya itu baharu pulang dari Indonesia pada bulan Februari lalu dan dalam proses menyiapkan buku berkenaan adat Melayu dua negara.

Iklan

Tambahnya, jenazah bapanya itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Dioh Besar dijangka selepas Isyak malam ini.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan tujuh orang anak termasuk tiga orang anak tiri.