'Wake-up call' untuk UMNO Selangor
Iklan
SHAH ALAM - Isu peletakan jawatan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz selaku Bendahari UMNO Selangor wajar menjadi 'wake-up call' kepada UMNO Selangor untuk kembali aktif dan memainkan peranannya dalam mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Setiausaha Agung Kelab Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata, ia perlu kerana pemimpin UMNO cawangan, bahagian dan negeri kini dilihat lesu, terkapai-kapai dan tiada hala tuju jelas selepas Barisan Nasional (BN) kalah teruk dalam PRU15 dan Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.