Suami isteri bela 159 kucing dalam pangsapuri dihukum penjara

Iklan
Pasangan Perancis tersebut turut dilarang secara kekal memelihara kucing dan anjing. Foto Agensi

PARIS - Seorang lelaki dan seorang wanita dari Perancis yang berkongsi pangsapuri mereka dengan hampir 160 ekor kucing dan tujuh ekor anjing, dihukum penjara selama setahun dan larangan kekal memelihara haiwan peliharaan.

Mahkamah Jenayah Nice memutuskan pasangan itu bersalah atas kesalahan pengabaian keadaan kesihatan haiwan berkenaan.

Iklan
Iklan

Pasangan itu juga diperintahkan membayar lebih 150,000 euro (RM768,233) sebagai ganti rugi kepada persatuan kebajikan haiwan.

Bagaimanapun, Mahkamah Jenayah Nice membuat keputusan menangguhkan hukuman penjara setahun ke atas pasangan berkenaan.

Iklan

Menurut media tempatan, pasangan itu tinggal bersama sejumlah 159 ekor kucing dan tujuh ekor anjing di sebuah pangsapuri yang hanya berkeluasan 80 meter persegi di Nice.

Tahun lalu, pegawai polis bertindak selepas ada aduan daripada kejiranan yang mendapati puluhan haiwan mengalami dehidrasi, kekurangan zat makanan, diselaputi parasit dan luka di setiap bilik di rumah pasangan itu.

Iklan

Di dalam bilik mandi, penyiasat juga menemukan bangkai dua kucing dan dua anak anjing. - Agensi

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28