Khatam al-Quran serentak dengan World #QuranHour

Iklan
Antara yang mengambil bahagian dalam program World #QuranHour yang diadakan di Masjid Abdullah Fahim pada petang Khamis.

KEPALA BATAS - Majlis khatam al-Quran Rumah Ngaji Pulau Pinang yang menjadi acara tahunan sempena Ramadan kali ini lebih bermakna apabila ia diadakan bersama program World #QuranHour pada Khamis.

Meskipun bermula sedikit lewat berbanding program yang dijalankan serentak di seluruh negara, namun acara yang diadakan di Masjid Abdullah Fahim di sini, berjaya menarik lebih 500 penyertaan terutama di kalangan peserta Muslimah.

Iklan
Iklan

Penyelaras Rumah Ngaji Pulau Pinang, Mohd Taufek Abdul Rahman berkata, pelbagai aktiviti telah disusun bagi mengimarahkan bulan Ramadan antaranya program tadarus dan tadabbur al-Quran yang diadakan di 85 rangkaian Rumah Ngaji di negeri ini.

Antara yang mengambil bahagian dalam program World #QuranHour yang diadakan di Masjid Abdullah Fahim pada petang Khamis.

Menurutnya, bagi Rumah Ngaji di Masjid Ibadur Rahman, Kepala Batas dan Masjid Jamek Sungai Puyu program tadarus dan tadabbur itu akan dibimbing oleh Ustaz Sheikh Omar Ali Al Hafiz yang dibawa khas dari Algeria.

Iklan

"Setakat ini, kita mempunyai seramai 1,200 ahli yang aktif dan bersama setiap kali aktiviti yang diadakan.

"Program tradisi setiap kali Ramadan itu bukan sahaja memberi peluang kepada masyarakat di negeri ini memperbaiki bacaan dan memahami maksud ayat al-Quran, malah sekali gus dapat mengimarahkan masjid dan surau di negeri ini," katanya pada Sinar Harian ketika ditemui selepas program World #QuranHour di Masjid Abdullah Fahim di sini petang Khamis.

Rosidi (lima dari kiri) bergambar bersama peserta yang mengambil bahagian dalam program World #QuranHour yang diadakan di Masjid Abdullah Fahim pada petang Khamis.

Iklan

Hadir merasmikan program, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Rosidi Hussain.

Acara diteruskan dengan majlis khatam al-Quran yang dipimpin oleh Imam Masjid Abdullah Fahim, Ustaz Azlan Aziz diikuti bacaan surah al-Jumu'ah yang diketuai Ustaz Nauhari Hamdan.

Bagi tadabbur pula dihuraikan oleh Mudir Am Madrasah Al-Quran Wal Arabiyyah (Mawar), Ustaz Ahmad Fahmi A. Bakar sebelum berakhir dengan majlis berbuka puasa yang diadakan di pekarangan masjid.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28