[VIDEO] Dr Akmal selesai beri keterangan di IPD Kota Kinabalu

Iklan

KOTA KINABALU - [DIKEMAS KINI] Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh telah selesai memberi keterangan selama lebih dua jam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di sini.

Beliau yang keluar dari IPD Kota Kinabalu kira-kira jam 12 tengah hari berkata, sebaik tiba di Kota Kinabalu beliau telah menerima panggilan bahawa perlu diambil keterangan pada Jumaat.

Iklan
Iklan
Dr Akmal

"Di peringkat awalnya telah diatur esok kerana saya ke Sabah tetapi sebaik sampai di Kota Kinabalu dapat satu panggilan perlu diambil keterangan pada hari ini.

"Saya kata tak ada masalah untuk diambil kenyataan dan saya pun keluar dari imigresen dan saya terus diambil dibawa terus ke IPD.

Iklan

"Alhamdulillah kenyataan telah (diambil berkaitan) ada satu laporan terhadap saya atas Akta Hasutan yang menyatakan ada satu video ceramah saya di Kelantan," katanya kepada pemberita di pekarangan IPD Kota Kinabalu pada Jumaat.

Dr Akmal (empat dari kiri) selepas selesai memberi keterangan selama lebih dua jam di IPD Kota Kinabalu.

Susulan daripada itu, Dr Akmal berkata, beliau telah meneliti video tersebut namun tiada satu pun ungkapan yang telah dikeluarkan untuk tujuan menghasut.

Iklan

"Saya serahkan segala-galanya kepada siasatan polis dan jika ada kita sedia lawan di mahkamah sebab saya tak pernah takut, sebab saya percaya kita bawa ini suara kebenaran dan kita tak melakukan apa-apa kesalahan sekali pun.

"Jadi Insya-ALLAH Pemuda UMNO sentiasa memberikan kerjasama yang baik dan saya sentiasa ucapkan terima kasih kepada pihak IPD Kota Kinabalu yang memberikan satu layanan yang sangat baik dan juga Alhamdulillah setelah dua jam setengah selesai dan kami nak sambung program di Beaufort," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28