Ayam segar RM6 seekor laris

Iklan
Orang ramai mendapatkan barangan keperluan sempena Program Jualan Rahmah Aidilfitri di pekarangan parkir Ibu Pejabat Perak SADC di sini pada Khamis.

IPOH - Ibu Pejabat Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) di sini menjadi tumpuan orang ramai menjelang Hari Raya Aidilfitri bagi mendapatkan ayam segar berharga RM6 seekor.

Seawal jam 8 pagi, orang ramai yang sudah membuat tempahan awal sudah menunggu mendapatkan barangan keperluan sempena Hari Raya Aidilfitri.

Iklan
Iklan

Ketua Pegawai Eksekutif Perak SADC, Datuk Yahanis Yahya berkata, pihaknya menyediakan sebanyak 3,600 ekor ayam yang dijual pada harga berpatutan untuk orang ramai.

"Jualan sempena Hari Raya Aidilfitri ini bukanlah pertama kali kita laksanakan cuma pada tahun ini lebih teratur dengan orang ramai boleh membuat pra-pesanan dan mengambilnya pada dua tarikh ditetapkan iaitu hari ini dan 8 April nanti.

Iklan

"Alhamdulillah, sambutan tahun ini amat menggalakkan. Selain 3,600 ekor ayam, 24 ekor lembu yang disediakan untuk orang ramai beli daging dan bahagian-bahagian lain pada harga yang berpatutan," katanya kepada pemberita selepas meninjau Program Jualan Rahmah Aidilfitri dan Rewang Ramadan Kakitangan Perak SADC di pekarangan parkir Ibu Pejabat Perak SADC di sini pada Khamis.

Yahanis (dua dari kiri) bersama pegawai kanan Perak SADC mengacau rendang sempena Rewang Ramadan Kakitangan Perak SADC di pekarangan parkir Ibu Pejabat Perak SADC di sini pada Khamis.

Yahanis berkata, selain itu sebanyak 120,000 biji telur ayam turut disediakan untuk pengunjung dengan harga RM10 bagi 30 biji dan itik pula dijual RM10 seekor.

Iklan

Menurutnya, inisiatif berkenaan dilaksanakan sebagai membantu meringankan beban golongan memerlukan dalam menyambut hari raya.

Jelasnya, orang ramai masih berpeluang mendapatkan barang-barang keperluan tersebut pada 8 April ini.

Beliau berkata, sepanjang tempoh pra-pesanan tersebut sebanyak 1,600 tempahan diterima bagi pelbagai jenis barangan keperluan yang disediakan.

Pada program tersebut turut diadakan Rewang Ramadan Kakitangan Perak SADC yang menyaksikan warga kerja perbadanan berkenaan bergotong-royong menyiapkan juadah berbuka puasa tambahan dan rendang daging.

Pada 19 Mac lalu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyempurnakan Pelancaran Pra-pesanan Jualan Rahmah Aidilfitri Perak SADC.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28