Dr Akmal dipanggil semula ke IPD Kota Kinabalu

Iklan
Dr Akmal

KOTA KINABALU - Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh dipanggil semula masuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) selepas lebih dua jam memberi keterangan pada tengah hari Jumaat.

Beliau dipercayai dipanggil semula untuk menjawab beberapa soalan tambahan daripada pihak polis.

Iklan
Iklan

Dr Akmal sebelum itu sempat ditemui pemberita sebaik keluar di pekarangan IPD Kota Kinabalu selepas dipanggil untuk memberi keterangan.

Setakat ini, petugas media masih menunggu beliau keluar dari IPD Kota Kinabalu.

Iklan

Sebelum itu, Dr Akmal dijadualkan menghadiri program di Beaufort pada petang Jumaat namun beliau yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) terus dibawa ke IPD Kota Kinabalu untuk diambil keterangan.

Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28