YaPEIM peruntuk RM2.7 juta bantuan Ihya Ramadan, Aidilfitri

Iklan
Mohd Radzif (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan duit raya kepada salah seorang pelajar.

SHAH ALAM - Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) memperuntukkan RM2.7 juta bagi program Ihya Ramadan dan Aidilfitri YaPEIM untuk seluruh negara bagi tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Ketua Pengarah YaPEIM, Ameer Ali Vali Mohamed berkata, peruntukan tersebut ialah bagi program ziarah Madani merangkumi sumbangan baju raya, sumbangan duit raya, tajaan majlis berbuka puasa, pemberian ‘food bank’ dan agihan juadah berbuka puasa.

Iklan
Iklan

"Sumbangan ini memberi manfaat kepada anak yatim, pelajar miskin B40, keluarga B40 dan golongan rentan. Ia diharap dapat membantu mereka terutama dalam membuat persediaan menyambut Aidilfitri.

Mohd Radzif menyerahkan bantuan ‘food bank’ kepada salah seorang penerima.

"Selain itu, sumbangan ini juga sebagai tanda prihatin pihak YaPEIM yang tidak pernah melupakan nasib mereka yang memerlukan bagi meringankan beban hidup mereka,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Program Ihya' Ramadan dan Aidilfitri 2024 itu berlangsung di Masjid Al- Husna, Bandar Sunway pada Khamis dan turut dihadiri Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus.

Program Ihya' Ramadan dan Aidilfitri 2024 anjuran YaPEIM yang berlangsung di Masjid Al- Husna, Bandar Sunway pada Khamis.

Pada majlis itu, 40 pelajar dan 10 keluarga yang memerlukan menerima sumbangan masing-masing.

Iklan

Mohd Radzif turut menyampaikan sumbangan duit raya sebanyak RM50 seorang kepada pelajar, bantuan ‘food bank’ bernilai RM100 dan duit raya RM100 kepada setiap keluarga.