Aurat tak terjaga ketika buat kerja masa raya? Ikuti panduan ini

Iklan
ISU aurat antara perkara perlu dititikberatkan ketika berkumpul bersama keluarga dan ipar-duai serta bukan mahram. -Foto: Canva

SAAT berhari raya, hampir semua orang akan pulang ke kampung meraikan bersama keluarga tersayang. Itulah masanya semua orang berkumpul.

Demikian perkara biasa yang sering kali berlaku apabila tibanya Aidilfitri mahupun waktu cuti panjang lain.

Iklan
Iklan

Bagi golongan wanita, tidak dinafikan agak sukar untuk mereka memelihara aurat daripada ipar-duai mahupun lelaki bukan mahram dalam suasana menyambut Aidilfitri lantaran tetamu datang tanpa henti.

Adakalanya hendak membasuh pinggan, terasa serba salah mahu menyinsing lengan pakaian. Begitu juga dengan berstoking ketika di dapur dan sebagainya.

Iklan

Profesor Pengajian Islam dalam bidang akidah dan pemikiran dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Farahwahida Mohd Yusof menjelaskan, walaupun Imam Syafie menyatakan bahawa kaki wanita adalah aurat, tetapi Imam Abu Hanifah mengatakan sebaliknya.

DR FARAHWAHIDA

Iklan

Apabila melibatkan perkara khilaf, katanya, terdapat sedikit toleransi.

Beliau kemudian mengemukakan pandangan dinukilkan oleh Dr Abdul Karim Zaidan dalam kitab al-Mufassal fi Ahkam al-Mar-ah.

"Sama juga halnya apabila kita berada di dapur sedang menyiapkan makanan dan melaksanakan kerja-kerja yang tidak memungkinkan untuk memakai stoking. Ada rukhsah untuk tidak menutupnya (kaki).

"Begitu juga kalau kita pakai stoking di rumah. Keluar dari bilik air, bimbang licin dan boleh mendatangkan kemudaratan lebih besar atau membataskan pergerakan. Maknanya, kita berjalan lambat, sedangkan kita hendak cepat,” katanya sebagaimana dipetik menerusi perkongsiannya dalam Diskusi Fiqh Wanita: Soal Jawab Wanita & Raya yang disiarkan menerusi Facebook Masjid Sultan Ismail UTM baru-baru ini.

JAGALAH pergaulan dan batasan aurat ketika berhari raya.

Bagaimana pula jika kaum Hawa menyinsing lengan baju ketika membasuh pinggan?

Menjawab persoalan itu, Farahwahida menjelaskan, berdasarkan pandangan Dr Abdul Karim itu, perbuatan menyinsing lengan pakaian tersebut turut termasuk dalam keadaan yang dibolehkan ketika membasuh pinggan.

"Cukup sekadar air tidak membasahi baju yang dipakai. Ini kerana banyak kerja lagi yang hendak dilakukan. Ada sesetengah ibu yang mahu dukung anak kecil selepasnya.

"Jadi tidak sesuai bila basah (lengan baju). Ia mungkin akan mendatangkan kemudaratan yang lain,” katanya.

Walaupun keringanan itu diberikan, ahli akademik tersebut mengingatkan agar kita segera menutup aurat masing-masing sebagaimana asal apabila sudah menyelesaikan urusan-urusan tersebut.

Seperkara lagi, beliau mengingatkan kepada kaum Adam supaya menundukkan pandangan dan tidak ‘mencari-cari’.

"Sebab itulah dalam Islam, lelaki diminta untuk menundukkan pandangan dan pada masa sama, jangan ‘mencari-cari’ bagaimana aurat perempuan itu atau kaki mereka dan sebagainya.

PERBUATAN menyinsing lengan pakaian tersebut turut termasuk dalam keadaan yang dibolehkan ketika membasuh pinggan, tetapi hanya sekadarnya sahaja untuk melakukan tugasan berkenaan.

"(Perilaku) itu haram sebab kita mencari dan ada perasaan niat tak baik, tetapi kalau tidak sengaja, ia dimaafkan.

"Kadangkala kita rasa macam bergurau, tetapi perkara-perkara inilah yang kalau boleh kita mahu jaga sebagai keaiban. Ingatlah, menutup aurat adalah tutup keaiban yang ada pada diri kita,” titipnya.