Larangan makan kupang di Melaka, sampel kesan alga berbahaya

Iklan

SHAH ALAM - Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) mengeluarkan larangan memakan dwicangkerang di Melaka serta-merta sehingga pemantauan tahap keselamatan bacaan biotoksin berada di paras yang dibenarkan serta kupang disahkan selamat untuk dimakan.

Menurut DOF, hasil analisis yang dijalankan oleh makmal Biosekuriti DOF terhadap sampel kupang dan air yang diambil pada 3 April 2024 dari Sebatu, Melaka menunjukkan kehadiran alga spesies Alexandrium yang berbahaya kepada kesihatan manusia.

Iklan
Iklan

"Jabatan akan meneruskan pemantauan berterusan selama tempoh 20 hari dengan melakukan pengujian secara berkala mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) Program Sanitasi Kerang-Kerangan Kebangsaan (National Shellfish Sanitation Program – NSSP) yang ditetapkan.

"DOF pada 2 April 2024 juga telah mengeluarkan hebahan larangan sementara kepada pengusaha dan penternak bagi menghentikan serta-merta aktiviti menjual dan mengeluarkan kupang ternakan melalui sistem pancang, rak dan p-line dari perairan negeri Melaka.

Iklan

Pada Khamis, DOP mengesahkan kupang di perairan daerah Port Dickson khususnya di kawasan Sungai Sekawang dan Kampung Telok di Pasir Panjang disahkan dicemari biotoksin berbahaya.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) DOF, Wan Muhammad Aznan Abdullah berkata, hasil analisis yang dijalankan mendapati terdapat tiga alga berbahaya iaitu spesies Prorocentrum, Alexandrium serta Pseudonitzschia.

Iklan

Sementara itu, dalam kenyataan sama, DOF meminta orang awam segera melaporkan kepada jabatan perikanan negeri atau daerah yang berhampiran jika mengesan atau melihat perubahan warna air laut kepada warna merah, coklat, kuning atau hijau.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28