UTM hantar lebih 700 pelajar pulang beraya

Iklan
Sebahagian penuntut UTM menaiki bas untuk pulang berhari raya secara percuma dalam Program Jom Balik Raya pada kali ini

JOHOR BAHRU - Kegembiraan jelas kelihatan pada wajah penuntut 722 Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai di sini apabila perjalanan mereka untuk pulang beraya di kampung masing-masing ditaja pihak universiti.

Mereka yang merupakan daripada keluarga B40 terpilih dalam program Jom Balik Raya dengan menaiki 19 buah bas ke ke seluruh semenanjung melibatkan Zon Utara, Zon Tengah dan Zon Pantai Timur.

Iklan
Iklan

Program tahunan itu yang diadakan selama dua hari berakhir pada malam Jumaat dan semua bas berkenaan bertolak dari Dataran UTM di sini.

Nik Muhammad

Nik Muhammad Amin Noorin, 20, teruja dan tidak sabar untuk pulang ke kampung halamannya di Pasir Putih, Kelantan selepas terpilih dalam program berkenaan.

Iklan

Penuntut tahun satu dalam bidang sains biologi itu amat berterima kasih kepada pihak UTM atas peluang tersebut.

"Mujur pihak universiti ada menyediakan pengangkutan bas balik secara percuma kerana semua tiket ke pantai timur telah pun habis.

Iklan

"Saya sudah rindu masakan Kelantan terutama sebelah Thailand," katanya kepada pemberita.

Nur Athirah

Nur Athirah Ahmad, 21, turut bersyukur kerana dapat balik kampung di Kota Bharu, Kelantan, apatah lagi setelah sekian lama tidak pulang ke negeri asalnya.

"Tak sabar untuk pulang walaupun masa perjalanan mengambil masa lapan hingga 10 jam ke Kelantan.

"Harap perjalanan ke Kota Bharu berjalan lancar dan tidak berlaku kesesakan jalan raya," katanya.

Sebahagian penuntut UTM mengaminkan doa sebelum menaiki bas untuk pulang berhari raya dalam Program Jom Balik Raya di Dataran UTM Skudai, Johor Bahru.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28