Leha naskhah komedi santai

Iklan

KERJA sebagai seorang pengawal keselamatan mungkin dilihat antara pekerjaan yang dipandang rendah oleh segelintir pihak.

Bagaimanapun, kerjaya pengawal keselamatan ini sebenarnya sangat penting dalam mengawal keselamatan di sesebuah kawasan atau premis daripada sebarang kemungkinan.

Iklan
Iklan

Ia secara tidak langsung telah memberi ilham kepada syarikat produksi Alfanazra Productions untuk menghasilkan sebuah filem mengangkat mereka sebagai hero menerusi sebuah filem komedi berjudul Leha.

Pengarahnya, Azaromi Ghozali berkata, dia tertarik untuk menghasilkan filem Leha kerana merasakan ia sebagai tanggungjawab sosial sebagai warga tempatan untuk mengangkat taraf pengawal keselamatan ke satu tahap yang lebih tinggi.

Iklan

"Pada saya ini merupakan antara tarikan utama dalam filem ini. Selalunya orang memandang rendah kerjaya sebagai pengawal keselamatan namun kali ini saya mengangkat mereka dengan sifat keberanian dan tanggungjawab.

"Sedangkan kita sedia maklum tentang pengorbanan mereka yang sangat besar dalam soal menjaga keselamatan orang awam. Boleh dikatakan filem Leha ini sebagai satu penghargaan buat seluruh warga pengawal keselamatan dan seluruh ahli Persatuan Industri Keselaman Malaysia (PIKM),” ujarnya.

Iklan
Ali Puteh, Kodi Rasheed dan Dboy Hamdan menjadi teraju utama Leha.

Bercerita lebih lanjut mengenai filem berkenaan, Azaromi memberitahu, dia mengangkat dua orang pengawal keselamatan menjadi hero yang membantu membanteras sebuah kes jenayah.

Jelasnya, filem Leha ini mengisahkan tentang tiga orang pengawal keselamatan di sebuah kilang membantu menyelamatkan seorang gadis bernama Leha yang hampir menjadi mangsa culik gara-gara mempunyai maklumat dan dokumen mengenai jenayah pemerdagangan manusia di kilang tersebut.

"Pemilihan genre aksi komedi bukanlah kerana ingin memperlekehkan kisah pengawal keselamatan dalam filem ini, tetapi saya mahu ia sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur.

"Saya juga mahu menampilkan sedikit kelainan berbanding filem aksi komedi yang lain, kerana dalam penceritaannya terdapat ‘plot twist’ yang semestinya akan memberikan kejutan kepada penonton,” jelasnya.

Filem berkenaan menampilkan barisan pelakon-pelakon popular seperti Ali Puteh, Kodi Rasheed, Dboy Hamdan, Silfeny Osman, Khir Rahman, Cat Farish, Deen Wahab, Ikhwan Khairudin, Bidin Al Zaifa dan ramai lagi.

Mengenai cabaran yang dilalui sepanjang pembikinan filem Leha ini, pengarah itu mengakui menghasilkan sebuah filem komedi memang agar sukar.

Jelasnya, sebagai seorang pengarah, dia perlu memastikan komedi yang disampaikan dapat difahami oleh penonton.

"Kalau nak buat cerita air mata atau kisah seram, ia memang agak mudah, namun jika filem komedi, ia sangat subjektif kerana bukan senang untuk buat penonton.

"Setiap orang ada citarasa tersendiri dan tidak perlu hairan jika satu panggung ketawa tiba-tiba serorang daripadanya langsung tidak senyum dan begitu juga sebaliknya apabila kita langsung tidak ketawa,” ujarnya.

Filem Leha akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 11 April depan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28