Brighton untung RM735 juta musim lalu

Iklan
Stadium Komuniti American Express venue rasmi Brighton. Foto AFP

BRIGHTON mengumumkan rekod keuntungan berjumlah £122.8 juta (RM736 juta) bagi musim kewangan 2022/23 – musim paling berjaya dalam sejarah kelab Liga Perdana England (EPL) itu.

Keuntungan selepas cukai meningkat hampir £100 juta (RM599 juta daripada £24.1 juta (RM144 juta), dengan penjualan meningkat 17.2 peratus.

Iklan
Iklan

Brighton menduduki tempat keenam dalam EPL musim 2022/23, melangkah ke peringkat separuh akhir Piala FA dan meraih yuran perpindahan besar bagi beberapa pemain utama mereka.

Keuntungan Brighton diraih ketika beberapa kelab mencatatkan kerugian bagi musim 2022/23 termasuk Aston Villa, Chelsea, Everton, Leicester, Newcastle United, Nottingham Forest dan Wolves.

Iklan

Pendapatan besar Brighton bagi musim 2022 hingga 2023 diraih daripada prestasi mereka di padang dan kemampuan mereka meraih manfaat dengan menjual pemain yang hadir dengan bayaran lebih rendah.

Pengurus Brighton, Roberto de Zerbi, membimbing kelab itu ke peringkat tertinggi dalam sejarah 122 tahun The Seagulls, selain melangkah ke separuh akhir Piala FA buat kali ketiga.

Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28