Hospital Baling cari waris warga emas meninggal dunia

Iklan
Allahyarham dikenali sebagai Kamaruzaman Mohd Noor dengan alamat terakhir adalah di Taman Bukit Indah Ampang Selangor.

BALING - Hospital Baling sedang mengesan ahli keluarga atau waris kepada seorang lelaki warga emas berusia 79 tahun yang meninggal dunia pada 29 Mac lalu.

Menurut kenyataan dikeluarkan Hospital Baling, Allahyarham dikenali sebagai Kamaruzaman Mohd Noor dengan alamat terakhir adalah di No 21, Jalan Bukit Indah 2/7, Taman Bukit Indah, Ampang, Selangor.

Iklan
Iklan

Katanya, warga emas berkenaan sebelum itu dimasukkan ke Wad Melor 1 Hospital Baling pada jam 10.54 malam 21 Mac lalu.

"Pesakit meninggal dunia pada 29 Mac dan sehingga kini mayat masih belum dituntut oleh sesiapa pun," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Iklan

Jelasnya, sehubungan dengan itu, pihak Hospital Baling memohon jasa baik orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga untuk merujuk ke Unit Perubatan Forensik.

"Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Hospital Baling di talian 04-4701333 dengan kadar segera," katanya.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!