Aliran trafik mula perlahan di beberapa lebuh raya utama

Iklan
Aliran trafik menuju ke Plaza Tol Gombak mulai sesak susulan orang ramai memulakan pergerakan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing sempena sambutan Aidilfitri ketika tinjauan pada Sabtu. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama menghala ke arah Pantai Timur dan utara, dilaporkan mula perlahan setakat 9 pagi ini, susulan ramai mula pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dari Gombak menghala ke Genting Sempah, mula sesak dari Gombak ke Genting Sempah melibatkan jarak sejauh 17 kilometer dari Tol Gombak.

Iklan
Iklan

"Aliran trafik ke arah Utara dari Slim River ke Sungkai dan dari Terowong Menora ke RnR Sungai Perak, juga dilihat mula perlahan,” katanya ketika dihubungi Bernama pagi ini.

Aliran trafik turut dilaporkan perlahan di arah Utara dari Bidor menuju ke Tapah.

Iklan

Sementara itu, kemalangan yang dilaporkan berlaku di KM314.7 arah Utara dari Tapah ke Gopeng padaj jam 7.43 pagi, telah diselesaikan dan kenderaan mula bergerak dengan lancar.

Selain itu, beberapa laluan Smartlane juga telah diaktifkan pagi ini, antaranya di KM4.5 hingga KM1.9 arah Selatan dari Setia Tropika ke Pasir Gudang dan juga di KM27.0 hingga KM19.0 arah Selatan dari Kulai ke Senai.

Iklan

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1-800-88-0000 dan laman Twitter www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28