Tapir terlepas dari Zoo Johor berjaya diselamatkan

Iklan
Angkatan APM dan Perhilitan mengejar seekor tapir yang terlepas dari Zoo Johor, pada awal pagi Sabtu. - Foto APM Johor

JOHOR BAHRU - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Johor Bahru bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berjaya memindahkan semula seekor tapir yang terlepas dari Zoo Johor pada awal pagi Sabtu.

APM menerusi satu kenyataan memaklumkan, makluman seekor tapir terlepas dari Zoo Johor berkeliaran di Jalan Gertak Merah diterima pada jam 3.15 pagi.

Iklan
Iklan

"Seorang pegawai dan enam anggota APM serta sebuah ambulan dikejarkan ke lokasi.

"Pegawai Jabatan Perhilitan dan anggota APM berjaya memindahkan tapir berkenaan ke Zoo Johor lebih kurang jam 4 pagi," katanya.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan