KPDN patahkan cubaan seludup 4,500 liter diesel

Iklan
Lori yang diisi tangki besar untuk menyeludup diesel

KOTA BHARU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) dan Kos Sara Hidup Kelantan menyita 4,500 liter diesel dan sebuah lori dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM135,325.

Pengarahnya, Azman Ismail berkata, pihaknya turut menahan seorang pemandu lori dan kelindan ketika sedang melakukan pengisian berulang diesel di sebuah stesen minyak di Kampung Tengah, Perupok, Bachok pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, lelaki berusia antara 40-an hingga 50-an itu menggunakan pam penyedut yang diubahsuai untuk memasukkan bahan api itu ke dalam tangki besar di bahagian belakang kenderaan berkenaan.

"Penyeludup diesel kini semakin berani mencabar pihak berkuasa dengan memilih stesen minyak jauh dari sempadan negeri untuk melakukan pengisian yang banyak dengan menggunakan kenderaan lebih besar," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Walkabout Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2024 di sini pada Sabtu.

Azman ( dua dari kiri) melihat bawang yang dijual di sebuah pasar raya di Kota Bharu.

Azman memberitahu, siasatan awal kedua-dua suspek yang ditahan mengaku membuat pembelian pengisian ke dalam tangki yang akan dibawa ke sempadan untuk diselewengkan.

Iklan

Tambah beliau, nilai diesel yang disita dianggarkan sebanyak RM9,675 dan kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Beliau turut menjelaskan, pemilik stesen minyak yang ditahan juga diambil tindakan di bawah akta sama.

"KPDN Kelantan sentiasa mempertingkatkan tugasan penguatkuasaan serta Ops Tiris dan Ops Membanteras Ketirisan Barang Kawalan di negeri ini dari masa ke masa," katanya.

Operasi dilakukan bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor di sekitar Tumpat pagi kelmarin.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!