redONE Mobile ceriakan 50 anak yatim, miskin

Iklan
Jemay (kiri) bersama para petugas redONE Mobile menunjukkan maklumat pelan tanpa had di reruai redONE Mobile.

SHAH ALAM - Selepas menyantuni golongan kurang berkemampuan menerusi program Colours of Ramadan 2024 minggu lalu, Operator Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO), redONE Network Sdn Bhd (redONE Mobile) meneruskan inisiatif kebajikan dengan meraikan 50 anak-anak yatim dan miskin dari Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Jawa, Shah Alam, di sini sempena Iftar Ala Madinah @Karangkraf 2024.

Inisiatif itu dimaklumkan Ketua Pemasaran redONE Mobile, Jemay Naim yang mana pihaknya amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Sinar Harian menyertai majlis iftar itu sekali gus melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikatnya.

JEMAY

Iklan
Iklan

"Ini merupakan kali kedua kami bekerjasama dengan Sinar Harian untuk melaksanakan CSR selepas program menyediakan juadah iftar di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur pada awal Ramadan lalu.

"Kami menyerahkan cenderahati berupa beg serbaguna, 'flask' thermos, serta biskut dan duit raya kepada anak-anak yatim dan miskin. Kami berharap ia dapat memberikan kegembiraan kepada mereka menjelang Aidilfitri nanti," katanya ketika ditemui pada program Iftar Ala Madinah @Karangkraf 2024 pada Khamis.

Anak-anak yatim dari SK Padang Jawa, Shah Alam bergambar beramai-ramai semasa Iftar Ala Madinah @Karangkraf 2024 bersama redONE Mobile dan Sinar Harian pada Khamis.

Iklan

Pada masa sama, Jemay memberitahu, redONE Mobile turut menyumbang 1,000 pek juadah berbuka puasa kepada orang ramai yang hadir sempena Iftar Ala Madinah @Karangkraf 2024 pada Khamis dan Jumaat.

Pengisian kerohanian

Iklan

Salah seorang kanak-kanak menerima sumbangan Aidilfitri redONE Mobile yang disampaikan oleh Jemay (kiri).


Sementara itu, redONE Mobile turut menarik orang ramai dengan program kerohanian pada Jumaat menerusi sesi tazkirah yang disampaikan oleh Editor Kanan Penerbitan Al-Quran Karya Bestari, Ustaz Mohamad Amiro Safwan Mohd Kamil.

Dalam tazkirah itu, Mohamad Amiro menegaskan mengenai kepentingan seseorang individu menjaga hubungannya dengan ALLAH SWT, ahli-ahli keluarga dan orang lain.

Ustaz Amiro Safwan

"Seperti mana sistem rangkaian telekomunikasi redONE Mobile, ia mampu mendekatkan kita dengan orang lain sama ada ibu bapa, saudara, rakan-rakan atau sesiapa sahaja.

"Penting juga lah menjaga hubungan dan mendekatkan diri kita dengan ALLAH SWT sama ada melalui amalan, doa, zikir dan sebagainya sebagai medium perhubungan kita dengan-Nya,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut mengajak umat Islam memanfaatkan sepenuhnya masa mencari keberkatan pada hari-hari terakhir Ramadan ini.

Pelan Postpaid 5G

Orang ramai tidak melepas peluang merasai juadah berbuka yang disumbangkan redONE Mobile semena Iftar Ala Madinah @Karangkraf 2024.


Dalam perkembangan lain, Jemay memaklumkan, redONE Mobile telah memperkenalkan pelan postpaid 5G baharu pada 1 April, iaitu 5G Postpaid38 dan 5G Postpaid48. Pelan postpaid 5G mampu milik ini bermula dari RM38 dengan data pantas sehingga 150 GB, serta YouTube, Facebook dan Instagram tanpa had.

"Bagi pelan postpaid 5G, kami sasarkan kepada keluarga daripada golongan berpendapatan rendah (B40) bagi memberikan pengalaman terbaik kepada mereka dengan harga yang mampu milik.

Guru Besar SK Padang Jawa, Mohd Salahuddin Nayan (kiri) turut bersama-sama menyertai Iftar Ala Madinah @Karangkraf 2024 bersama redONE Mobile dan Sinar Harian.

"Selain itu kami juga ada memperkenalkan pelan baharu khusus untuk golongan pelajar dan belia berumur 25 tahun ke bawah iaitu pelan postpaid UX40," ujarnya.

Untuk maklumat lanjut berkenaan inisiatif CSR redONE Mobile serta promosi menarik lain, layari redONEmobile.com.my atau ikuti redONE Mobile di Facebook dan Instagram.