Lemas ketika cuba selamatkan bapa jatuh sungai

Iklan
Anggota JBPM mengangkat mayat mangsa berusia 21 tahun yang ditemukan lemas di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur pada Jumaat. Foto ihsan JBPM

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang pemuda mahu menyelamatkan bapanya yang tergelincir ke dalam sungai berakhir tragedi apabila ditemukan maut.

Mangsa, 21, disahkan maut selepas mayatnya ditemui pasukan penyelamat jam 12.59 tengah hari.

Iklan
Iklan

Komander Operasi, Mohamad Iqbal Zakaria berkata, kejadian berlaku di Jalan Klang Lama berhampiran kondominium Avant Court, dekat sini pada Jumaat.

"Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan jam 11 pagi, seterusnya menghantar jentera ke tempat kejadian.

Iklan

"Seramai 10 pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jalil dengan bantuan Pasukan Penyelamatan di Air (PPDA) BBP Jalan Hang Tuah bergegas ke lokasi.

"Setibanya pasukan di lokasi, laporan awal daripada bapa mangsa mengatakan anaknya itu cuba menyelamatnya yang tergelincir ke dalam sungai, namun dia pula lemas dibawa arus," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Anggota PPDA berusaha membawa naik mayat mangsa yang ditemukan lemas di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur pada Jumaat. Foto ihsan JBPM

Iklan

Kata beliau, kerja-kerja pencarian oleh unit PPDA dengan jarak tebing ke tengah sungai sejauh enam meter.

Tambahnya lagi, kedalaman sungai dianggarkan satu hingga tiga meter, manakala radius pencarian seluas 10x6 meter persegi dengan menggunakan kaedah selaman.

Jelasnya, mangsa berjaya ditemukan jam 12.59 tengah hari dan diserahkan kepada pihak polis yang berada di lokasi," ujarnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28