Mexico putuskan hubungan diplomatik dengan Ecuador

Iklan
Serbuan itu dibuat untuk memberkas bekas Naib Presiden, Jorge Glas yang didakwa mendapatkan perlindungan di premis itu sejak Disember lalu. Foto Agensi

QUITO - Mexico memutuskan hubungan diplomatik dengan Ecuador kerana berang dengan tindakan polis tempatan yang menyerbu kedutaan mereka di Quito pada Jumaat.

Serbuan itu dibuat untuk memberkas bekas Naib Presiden, Jorge Glas yang didakwa mendapatkan perlindungan di premis itu sejak Disember lalu.

Iklan
Iklan

Mexico dalam satu kenyataan memaklumkan ia memberikan suaka politik kepada Glas yang berkhidmat di bawah pemerintahan bekas Presiden, Rafael Correa antara 2013 dan 2017 selepas 'analisis menyeluruh' situasi tersebut.

"Tindakan melulu pihak berkuasa Ecuador adalah pelanggaran undang-undang antarabangsa dan kedaulatan Mexico secara jelas,” menurut Presiden Andres Manuel Lopez Obrador menerusi platform X.

Iklan

Glas dibebaskan dari penjara pada November lalu selepas menjalani hukuman di bawah kes rasuah melibatkan skandal bersama syarikat gergasi pembinaan, Odebrecht.

Beliau berdepan satu lagi waran tangkap kerana didakwa mengalihkan dana untuk projek pembinaan semula lokasi gempa pada 2015. - AFP

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!