Tiada lagi 'pangkat' senior, junior dalam skuad kebangsaan - Norza

Iklan
Mohamad Norza (dua dari kiri) ketika sidang media selepas Mesyuarat Majlis BAM di Akademi Badminton Bukit Kiara pada Sabtu.

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) menegaskan pemain negara tidak akan lagi dibezakan dengan ‘pangkat’ junior dan senior sebaliknya berdasarkan kedudukan ranking dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, pemain muda turut akan dihantar bertanding bersama pemain senior dalam kejohanan antarabangsa bagi meningkatkan ketahanan mental dan fizikal mereka.

Iklan
Iklan

"Kami telah memutuskan kerana terdapat penstrukturan semula dalam kejurulatihan...mulai sekarang, anda akan membezakan pemain bukan berdasarkan junior atau senior, tetapi mengikut ranking dunia.

"Pemain junior sudah mencapai keputusan baik dan mereka akan bersaing di peringkat senior,”katanya kepada pemberita Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) BAM kali ke-79 di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di sini pada Sabtu.

Iklan

Beliau enggan menerima ‘pandangan’ pemain Malaysia hanya matang pada usia 25 ke atas kerana mutu pemain negara lain semakin meningkat walaupun masih muda.

Dalam perkembangan lain, Mohamad Norza memaklumkan, BAM akan mengambil langkah proaktif untuk menggalakkan pertumbuhan pemain muda negara dengan bersetuju menambah nilai geran kepada persatuan negeri mengikut prestasi pemain.

Iklan

Beliau berkata, sebelum ini peruntukan geran untuk persatuan negeri yang bernaung di bawah badan induk itu menerima antara RM300,000 hingga RM450,000.

"Kita faham sesetengah negeri membelanjakan lebih banyak wang dan usaha untuk membangunkan pemain muda berbanding negeri lain.

"Sebagai contoh, jika persatuan negeri sebelum ini menerima geran RM300,000, jumlah itu tidak akan disentuh tetapi akan ada tambahan berdasarkan prestasi dan kriteria berasaskan aktiviti,” katanya. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28