Manchester City tekan Liverpool

Iklan
De Bruyne antara pencetak gol Citizens berdepan Eagles. Foto Agensi

DUA gol jaringan Kevin de Bruyne memberi inspirasi kepada penyandang juara Manchester City untuk menang 4-2 ke atas Crystal Palace dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Selhurst Park pada Sabtu.

Gol The Citizens dijanakan De Bruyne minit ke-13, m-70, Rico Lewis (m-47), Erling Haaland (m-66) memadamkan sentuhan The Eagles, Jean-Philippe Mateta (m-3) dan pemain gantian Odsonne Edouard (m-86).

Iklan
Iklan

Kemenangan itu membolehkan skuad kendalian Pep Guardiola mengumpul 70 mata - hasil 21 menang, tujuh seri, tiga tewas - selepas mengharungi 31 perlawanan.

"Intensiti saingan sama seperti dalam setiap pemburuan kejuaraan lain seperti sebelum ini kerana kami perlu memenangi setiap perlawanan.

Iklan

"Saingan semakin sengit kerana terdapat tiga pasukan berkualiti dalam kelompok tiga teratas.

"Kami tiada pilihan lain kecuali perlu menjadi pasukan terkuat untuk menang baki setiap perlawanan," kata Lewis yang berusia 19 tahun.

Iklan

Pendahulu EPL, Liverpool memimpin liga dengan 70 mata kurang satu perlawanan akan berdepan gergasi Inggeris, Manchester United pada Ahad.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28