Pertemuan JK Harmoni penting

Iklan
Dr Zulkifl. Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR

SHAH ALAM - Pertemuan dalam mesyuarat Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (JK Harmoni) akan diadakan dalam masa terdekat bagi membuat ketetapan yang jelas mengenai kaum dan agama.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, perbincangan tersebut penting bagi memastikan hala tuju perpaduan negara boleh diperbaiki bagi mengelak sebarang masalah.

Iklan
Iklan

"Saya belum dapat lagi maklumat berkenaan mesyuarat dan buat masa terdekat ini kita akan ada sesi perbincangan bagi menyelaraskan perkara utama dalam pertemuan bersama Kementerian Perpaduan Negara.

"Kita tidak mahu sekadar berjumpa, tetapi tidak ada penyelesaian yang kukuh dalam menangani isu perkauman dan agama ini,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian selepas Program Interviu yang bertajuk ‘Muslim Ramah atau Muslim Marah?’ di Studio F Sinar Harian, di sini pada Jumaat.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar dalam kenyataan bersama berkata, jawatankuasa tersebut akan mengambil langkah-langkah segera dalam menjamin keharmonian rakyat serta negara.

Iklan

Menurut Zulkifli, walaupun keadaan semakin baik, namun langkah-langkah untuk menangani masalah itu tetap diteruskan serta diperkukuh bagi mewujudkan keharmonian dalam negara.

Ujarnya, Malaysia perlu memberi penekanan khusus untuk membangunkan ekonomi dan tidak hanya memainkan isu sensitif sehingga menimbulkan perselisihan faham.

"Saya melihat apabila kita menangani isu ini dengan lebih efisien dan cepat maka ia berjaya meredakan sedikit cubaan sesetengah pihak yang mahu mewujudkan keadaan tidak harmoni dalam negara.

"Jabatan Mufti, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut bersama-sama memberi nasihat dari sudut tertentu mengenai isu ini.

"Kita mahu memberi fokus membina semula negara dan menstabilkan politik serta memperkasa ekonomi di mata dunia,” jelasnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28