Belasungkawa buat Raja Teromba
Iklan
SUDAH lama tidak menemui Raja Teromba. Hajat bersua di kampungnya, Ulu Gachong, Kuala Pilah pada Hari Raya Aidilfitri tahun lalu, tidak kesampaian.
Dia tiada di rumah. Setelah pulang ke Perak barulah dia menghubungi dengan nombor konteks baharu. Benar, telah dua tahun tidak bertanya khabar sesudah Wacana Kias dan Kilas Seni pada Oktober, 2022 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).