Ubi telampung makanan unik zaman dahulu
Iklan
KUBANG PASU - Makanan tradisi yang dikenali sebagai ubi telampung menjadi kegemaran masyarakat sejak zaman dahulu. Uniknya ubi ini perlu dimasak bersama air tebu selama lapan jam dan hanya dimasak pada musim kemarau.
Difahamkan, generasi terdahulu memasak ubi terbabit untuk mendapatkan manisan daripada tebu itu sahaja memandangkan agak sukar untuk mendapatkan gula proses seperti sekarang.