Pembantu stor maut motosikal terbabas bertembung treler

Iklan
Setiba di lokasi, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung di bahagian lampu depan sebelah kiri treler jenis Scania.

GUA MUSANG - Seorang pemuda maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas dan kemudiam bertembung dengan sebuah treler di kilometer 75 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, di sini pada Sabtu.

Mangsa, Mohammad Amirul Haikal Mazlan, 22, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah dalam kejadian pada jam 2.20 petang.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang bekerja sebagai pembantu stor dari arah Gua Musang menghala ke Kuala Krai dengan menunggang motosikal jenis Yamaha 16ZR.

"Setiba di lokasi, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung di bahagian lampu depan sebelah kiri treler jenis Scania," katanya.

Iklan

Menurutnya, pertembungan itu menyebabkan mangsa tercampak dan meninggal dunia di tempat kejadian bagaimanapun, pemandu treler yang berusia 47 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akt Pengangkutan Jalan 1987.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan