KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama lancar walaupun terdapat peningkatan jumlah kenderaan di beberapa kawasan setakat 11 pagi tadi.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan, aliran trafik di Plaza Tol Gombak (arah Pantai Timur) menunjukkan keadaan lalu lintas lancar dan terkawal selepas berlaku kesesakan sehingga 10 pagi tadi.
Iklan
Iklan
"Di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) trafik agak sesak walaupun kenderaan lebih kurang sama seperti semalam iaitu 178,977 kenderaan,” katanya kepada Bernama di sini pada Ahad.
Namun beliau berkata, aliran trafik hampir kesemua lebuh raya utama di negara ini bergerak lancar.
Dalam pada itu akaun rasmi X PLUS Trafik memaklumkan beberapa laluan Smartlane sudah diaktifkan bagi memastikan aliran trafik terus lancar bagi perjalanan pulang ke kampung sempena Aidilfitri ini.
Antaranya laluan Smartlane di KM303.2 hingga KM297.0 arah Utara dari Tapah ke Gopeng, KM194.5 hingga KM184.0 arah Selatan dari Ayer Keroh ke Jasin dan KM8.1 hingga KM6.1 arah Utara dari USJ ke Seafield. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!