Karakter sebenar De Bruyne

Iklan
De Bruyne. Foto AFP

KEBANGKITAN pemain Manchester City, Kevin De Bruyne daripada proses pemulihan selama lima bulan akibat pembedahan hamstring sesuatu yang mengagumkan.

Ledakan dua gol pemain berusia 32 tahun itu ketika membantu The Citizens membelasah Crystal Palace 4-2 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) mendapat pujian Pep Guardiola.

Iklan
Iklan

"Pada babak pertama banyak kesilapan, namun kami bangkit dan De Bruyne memenangkan kami dengan tindakan, umpanan, golnya dan segala-galanya. Kami menang perlawanan bersamanya.

"Saya tidak tahu (De Bruyne) seronok menghasilkan jaringan berbanding umpanan gol tetapi saya menyatakan kepadanya kami perlu menang perlawanan. Dia sudah banyak memberi kemenangan kepada pasukan. Tiada ragu-ragu lagi,” ujar Guardiola.

Iklan

De Bruyne menyumbat dua gol pada kedua-dua babak, serta membuat umpanan kepada Erling Haaland pada minit ke-66, manakala Rico Lewis turut mencatat nama selaku penjaring.

Gol pasukan tuan rumah pula hasil sentuhan Jean-Philippe Mateta dan Odsonne Edouard.

Iklan

"Ia satu musim yang tidak seperti kebiasaannya dengan kecederaan dan kembali semula. Kadang-kadang saya berasa bagus, ada ketika badan tidak bertindak baik. Saya cuba sedaya upaya untuk mempersiapkan diri.

"Saya cuba melakukan tugas sebaik mungkin dan hari ini saya bertindak baik,” kata De Bruyne.

Selepas kemenangan itu, City tidak mempunyai banyak masa untuk berehat apabila akan bertandang ke Real Madrid bagi aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara awal pagi Rabu ini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!