KUALA LUMPUR - Sebagai persediaan menghadapi pertambahan jumlah kenderaan di lebuh raya yang dijangka menyebabkan kesesakan lalu lintas, lorong Smart Lane diaktifkan pada musim perayaan ini.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, apa yang dilaksanakan Kementerian Kerja Raya (KKR) bersama syarikat konsesi lebuh raya Plus Malaysia Bhd (PLUS) adalah sebagai usaha melancarkan aliran trafik di laluan Smart Lane.